Entah kenapa seorang sahabat bertanya pada aku tentang soal pilihan hati, berkenaan ciri-ciri suami idaman. Soalannya bukan ciri-ciri lelaki ok tapi ciri 'suami'. Mungkin sekadar bertanya pendapat dan cuba menukar buah fikiran. Acap kali aku di tanyakan soalan yang sama, jawapan yang tipikal "tak ada ciri2 khusus". Membara jer jiwa sahabat aku tu bila di jawab macam tu rupa. Dulu aku suka berangan dan kisah yang aku nak kongsi tu hanya kisah2 dulu2.. ala2 zaman jepun... huhuu.. ciri2 suami yang aku nak...
1) HAFAL AL-QURAN
Sejak aku berusia 18tahun, aku sudah meletakkan "benchmark" beliau mestilah seorang yg menghafal al-Quran. Walaupun diri sendiri kadang2 baca doa qunut pun tergagap ade hati nak suami Al-Hafiz tapi, entahlaaa hati dh tertetap ke arah situ tapi sbnrnya, kalau lah tak hafal 30 juzuk pun sekurang2nya sekali sekala aku nak tebuk : "bang.. baca surah Ad-Dukhan ayat 15..." boleeeh laaa dia try2... "inna kaasyiful 'azaabi qaliilaa..." gituuu...
2) BEKERJAYA PROFESSIONAL
Walau diri sendiri hanyalah kuli cabuk kerajaan tetaplah diri ini berangankan nak suami yg professional, cth : doktor ke... lawyer ke... engineer ke.. gitu2 laa.. kenape?? sebab... entah.. selalu rasa macam depa ni bijak!! hahaha... mahap laa.. kampong sket pemikiran. Entahlah... sbnrnya aku nak ckp dia mesti seorang yang bijak!! intelligent!! apa2 je laaah, cumanye aku sukakan org yang fokus. So, orang2 yang bekerja di bidang professional adalah fokus. Kau takkan pergi belajar medic dan balik jd akauntan darling.... sekurang2nye kau akan jd cashier di klinik bapak kau!! =)) begitulaah.. fokus... fokuss... sesuai utk org yg tak pernah fokus mcm aku!!! hahah...
3) ORANG KAMPUNG, TAPI DUK BANDAR
Tak senonoh punya keinginan. Pelik jugak kadang2 rasanye nak orang kampung ke nak org bando?? tapi itu laaah.... selalu rasa mcm combination antara kampung + bandar tu akan menjadikan dia bukan orang biasa Dia mestilah cukup kampung untuk orang kampung sepertiku tapi cukup bandar untuk perantau seperti ku juga.. (merepek ker betul2 ni?) BETUL~!! seriyesss....
4) PENYANYI
Ini paling teruk sbnrnya tp memang hati ini selalu je terpaut dgn org yg bersuara sedap. hiihih... hidup ini akan jadi bosan tanpa bunyi2an yang indah. Oklaah.. kalau lah dia bukan penyanyi rakaman/komersial pun sesungguhnya biarlah dia seorg yg pandai menyanyi. Ahli kumpulan nasyid zaman sekolah pun boleh diterima. Seriyess!! ahakss.... lagi satu, diri ini sangatlah suka menyanyi nanti konfius pulak tengok "apasal laa bini aku ni suka sgt menyanyi.." melainkan kalau dia sendiri penyanyi haruslah dia seronok dan gembira kalau isteri dia suka menyanyi jugak.
5) GOOD LOOKING
Walaupun diriku sungguhlah tidak semenggah dan selekeh dan tak cun !! masih tetaplah mahukan orang yg good looking. My fren pernah ckp.. "jet.. engko mmg kene cari org yg hensem.. kalau tak nnt tak puas hati.." hahah.. see... see.. see... so, biarlah dia good looking.. di mata semua org.. =)
Notes ~ dan sebenarnya mustahil ke nak jumpe org kampung yang duk kat bandar, keje doktor, lawyer engineer, seorg penyanyi, dan hafal Quran?? tak mustahil. Walaubagaimanapun.. hahah.. kalau nanti entah dengan siapa2 aku berkahwin. Janganlah kalian terkejut pulak kalau tak ada langsung ciri2 di atas. Insya Allah masa tu Allah dah pilihkan dia untuk aku. Masa tu memang dah tak ade makna segala ciri2 di atas. Yang penting, mula2 doa dan akhirnya, redha dgn qada' qadar Allah. Cuma selagi mampu, berdoa pada DIA, Allah Maha Mendengar, Dia tahu apa yg terbaik so, Dia akan kurniakan kita insan yg terbaik utk jaga kita sampai syurga. Insya Allah...
Kalian tahu kan, bukan semua orang layak untuk mendapat jodoh yang baik~!! Memang Allah dah janji, "wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.." tapi jangan lupa, Surah al-Ankabut ayat 2, Allah dh terang2 ckp... "takkan lah kau mengaku beriman.. senang2 mcm tu je tapi kau tak diuji?" (ok.. aku rephrase ayat tu supaya senang faham..) mungkin jugak, Allah dah takdirkan, jodoh itulah ujian untuk kita. So, ujian tu haruslah bukan saja2. Mestilah untuk meningkatkan rasa kehambaan sekaligus keimanan.
Buat sahabatku~satu je aku nak pesan. Aku tahu kau tertekan dengan apa yang sedang kau lalui sekarang ni. Just let go apa yang di genggaman. Jangan tertekan dengan keadaan sekeliling. Diorang nak kawin diorang punya pasal.. dah jodoh kan. Pelan2 kayuh. Tiba masa ada la nanti jodoh kau tu. Walau denga siapa, walau kat mana, walau bila masanya, ada rezeki, adalah jodohnya. plzz bare in mind yang sebenarna.. CINTA bukan syarat utk sebuah perkahwinan... ;) (waaah... tetiba..) dan satu2nya matlamat hidup di dunia adalah redha Allah. Oleh itu, berkahwin atau tidak, sama2 lah kita berusaha utk cari redha Allah... insya Allah...




0 comments:
Post a Comment