"Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkan dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisan itu tidak mampu mengembalikan masa lalu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok"
Sesungguhnya tangisan kerana Allah ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kalam Yang Esa,
"Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut pada Allah." (Riwayat Ahmad dan an-Nasa'i)




0 comments:
Post a Comment