Sudah lama rasanya aku menganyam angan-angan untuk menonton filem ombak rindu. Alhamdulillah.. angan-angan menjadi kenyataan. 'Rasa' membaca novel dengan menonton filem memang tak sama. cerita dalam novel benar2 meruntun jiwa jika di bandingkan dengan filem. Mungkin masa yang singkat kekangan paling utama untuk menunjukkan semua jalan cerita.
sambil menonton, fikiran aku melayang ... jauh. Cuba meletakkan diri pada tempat izzah, buat aku terfikir2... tabahnya wanita seperti izzah. Wanita yang dari kecil hingga dewasa hidupnya penuh dengan air mata. Sekadar menjadi isteri hanya pada nama tanpa menuntut sebarang hak. Sukarnya izzah mendapat bahagia. Namun izzah percaya dengan apa yang telah Dia tetapkan untuknya. Tak ada apa yang mampu menandingi rasa cinta izzah pada hariz iaitu lelaki yang bergelar suami walaupun dirinya di madukan.
"redha tu ikhlas, pasrah tu menyerah", itu antara dialog yang menarik, kata-kata mila pada izzah. Ya... bila sesuatu yang berlaku dalam hidup, sama ada kita duga atau pun tidak, kita suka atau pun tidak, kita akan cakap "saya redha dengan apa yang berlaku" "aku redha dengan ketentuan Tuhan". Kemudian hati yang redha tadi akan menangis, meratapi, menyesali dan sebagainya. Cuba tanya pada diri masing-masing, adakah itu redha? ikhlaskah kita dengan apa yang berlaku? dengan apa yang terjadi? kalau jawapannya tidak, ya.. itu bukan redha sebab hati tidak ikhlas. Egokah hati untuk menyatakan "saya pasrah dengan apa yang berlaku" atau diri tidak mampu untuk menerima kenyataan perlu berserah dengan apa yang telah ALLAH tentukan?
Notes ~ tanya hati zeti... kau tak pernah redha kan dengan apa yang berlaku? ya.. aku mengaku dalam sesetengah perkara aku tak redha, tapi tak juga aku mengaku aku pasrah. Hmm.. nampak sangat egO.. Mulai hari ni aku akan cuba redha dan pasrah. InsyaALLAH... Ikhlaskan hati hambaMu ya ALLAH...




0 comments:
Post a Comment