Di sisi aku ada ayah dan emak. Walaupun secara zahir ayah sudah tiada lagi. Namun jauh di sudut hati masih tersimpan satu nama yang akan kekal abadi iaitu ayah. Kini yang tinggal cuma mak. Satu-satunya sumber kekuatan aku. Jika mak tiada, maka tumbanglah zetinorani. Kaki aku sudah cukup tempang untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Semoga aku diberi kekuatan untuk terus melangkah dan terus melangkah. Ya, kerana aku ada kamu...

Dan aku juga ada kamu, adik-adikku. Kalaulah aku mampu menyatakan kasih sayang aku pada mereka, akan aku khabarkan setiap saat dan ketika bahawa aku sangat menyayangi mereka. Tapi bagaimanalah cara untuk aku menzahirkan rasa itu dengan kata-kata? Hmm.. Aku tidak mampu. Yang aku mampu hanya dengan doa dan harapan semoga adik-adikku sentiasa bahagia. Akan aku lakukan apa saja demi membahagiakan mereka. Kasih dan sayangnya aku pada adik-adikku melebihi daripada aku menyayangi diri aku sendiri.






0 comments:
Post a Comment