Thursday, February 16, 2012

Bukan lagi 'kita'


♥ Di mana ada benci, biarlah kita membalasnya dengan sayang...

♥ Di mana ada hati yang terluka, biarlah kita yang menjadi penyembuhnya...

♥ Di mana ada duka, biarlah kita yang menjadi penghiburnya...

♥ Di mana ada perselisihan, biarlah kita yang merapatkannya...

♥ Di mana ada keraguan, biarlah kita yang meyakinkan...

♥ Di mana ada putus asa, biarlah kita menebarkan harapan...

♥ Di mana ada kesedihan, biarlah kita yang berkongsi bahagia...

Notes ~ dalam diri aku tiada lagi perkataan "kita". Aku sendiri terkontang kanting mengorak langkah, aku sendiri mengemudi segala. Aku juga bola yang selalu disepak ke sana ke mari

[+/-] Selengkapnya...

Monday, February 13, 2012

menjadi wanita yang kental


Cukup. Demikianlah hati aku memujuk akal dan fikiran. Barangkali ramai lagi yang mengalami breakdown seperti ini. Apatah lagi, kalau melalui hidup seperti aku. Banyak perkara yang perlu di selesaikan dalam masa yang singkat. "Bagi akak masa mak, bagi akak masa adik-adiku, bagi akak masa atuk, bagi aku masa sahabat-sahabatku, bagi saya masa cikgu-cikgu, bagi cikgu masa anak-anak muridku". Ya! bagi aku masa. Bagi aku masa untuk menanganinya. Aku harus mewajarkan keadaan. Dan hanya aku saja yang mampu menyelesaikan masalah ini. Apabila berada dalam keadaan tertekan dan penat, semua perkara boleh menjadi isu. Masalah dari kecil hingga ke besar menjadi satu. Aku tidak mahu menjadi lemah dan menyerah kalah. Ini perjuangan yang tidak seharusnya dipersiakan. Hati mesti cekal. Jiwa mesti kental.

Notes ~ berikan aku masa sebelum semuanya terlambat. Tolong atuk, jangan jual tanah tu, jangan 'jual' kenangan akak bersama ayah. Itu satu-satunya yang akak ada, di sana...

[+/-] Selengkapnya...

Pura-pura


Walaupun hati rasa sedih,
buat-buat gembira.


Walaupun hati rasa kecewa,
buat-buat tiada apa.

Walaupun diri terasa luka,
buat-buat tabah.

Entah bila agaknya,
kepura-puraan ini akan berakhir.

[+/-] Selengkapnya...

Sunday, February 12, 2012

Easy to forgive but hard to forget


Aku mahu berkongsi cerita di sini. Tetapi, pada masa ini, aku dihimpit dengan satu masalah yang penuh dilema membuatkan aku jadi kusut. Sangat merusuhkan jiwa. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. Aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan yang mengerti apa itu rasa sedih dan marah. Apa yang kalian rasa bila di tipu? Hati bagai di siat. Air mata menjadi terlalu murah. Hanya tuhan saja yang memahami perasaan ini.

Easy to forgive but hard to forget. Ya, memang mudah untuk memaafkan tapi bukan mudah untuk melupakan apa yang terjadi. Apa yang terjadi cukup memberi tamparan paling hebat. Tapi aku tetap bersyukur kerana ALLAh telah membuka seluas-luaskan 'mata' hati untuk aku menilai apa yang terjadi. Apa juga yang akan terjadi, akan aku tempuhi dengan ketabahan. Biar pun pedih. Mahu pun pahit.


Notes ~ Dalam keadaan kusut begini, segala kerja menjadi tergendala.

[+/-] Selengkapnya...

Saturday, February 11, 2012

Patah balik!


Jika aku boleh berpatah balik ke waktu yang lalu, aku mahu balik ke zaman kanak-kanak, sekitar umur 5-7 tahun. Ketika baru hendak mengenal dunia. Jika aku bermula kembali dari waktu itu, aku tidak akan membuat pilihan-pilihan yang salah seperti yang telah aku lakukan sehingga waktu sekarang. Aku akan bersungguh-sungguh dalam semua hal supaya tidak perlu merasa gagal. Aku akan tetap pada pendirian supaya tidak mudah dipengaruhi. Aku akan lakukan perkara yang baik-baik sahaja. Aku akan taat kepada ibu bapa dan agama. Aku akan lebih bijak dalam berkawan. Paling penting aku tidak akan membuang masa dengan perkara yang entah bukan-bukan.

[+/-] Selengkapnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Template by : kendhin x-template.blogspot.com